ok, aku suka sekali bc entry ni.
rs mcm dekat je.
rs mcm aku dgn si writer ni x bnyk beza
rs mcm we're in the same boat, but diff cabin jew.
Kawan, hidup ini umpama langit yang tidak
selalu cerah. Dan ingatlah pelangi yang indah
pasti akan hilang. Maka jadilah seperti si
matahari..
![]() |
| Add caption |
Macam ni ke menara gading yang orang selalu cakap tu?
I wish I can fly high happily and freely.
I wish I can fly high happily and freely.
Oh. menangis akhirnya.
:'\
Aku tak kuat rupanya.
Aku tak faham.
Kenapa aku tak dapat ape yang aku mintak..?
Allah..
Aku tak redha titiskan air mata ini.
Aku sudah tidak mahu menangis.
Sekarang masa untuk berfikir dan buat keputusan yang terbaik.
Tapi aku rupanya belum cukup tabah dan belum cukup teguh menyematkan kata-kata Allah yang satu tu dalam hati.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-baqarah : 216)
Aku tak boleh kesal dengan apa yang aku dapat...
Allah..
Allah..
*tenanglah hati,
Mungkin Allah tahu yang terbaik untukku bukan terus pada jalan yang mudah. Aku mesti lalui jalan yang sukar dulu. Mungkin. Allah tak bebankan kita dengan sesuatu perkara yang kita tak mampu kan? He knows best. Yeah.
Allah tengah ajar.
Allah sedang memberi pengajaran.
Allah sedang uji.
Allah sedang mencurah rahmah.
Allah sedang berbicara.
Allah tengah ajar tentang sabar dan syukur.
Allah tengah merindu.
Allah sedang menangguh. Bukan menolak. Cuma menangguh. Percayalah.
Percaya ya.
Percayalah.
Allah sedang menangguh.
Doa itu tak semuanya terus makbul. Doa itu tak selalunya terus ditolak. Langsung tidak mentah mentah. Apatah lagi bulat bulat. Tidak. Cuma Dia sedang menangguh. Supaya awak, dia dan saya belajar. Tentang sabar dan syukur. Tentang tidak putus asa.
Ya, tangguh. "Postpone" orang putih kata.~ serasa masuk jew semua peristiwa si writer ni dgn aku...=(
Maka jangan menangis ya? Jangan tegar titis air mata lagi. Awak mesti penat menangis macam saya. Kita sudah banyak menangis hari itu. Hari yang kita sangka akan bawakan berita gembira. Hari yang kita sangka doa doa dan cita cita kita anyam selama ini akan dimakbulkan. Hari yang cuma memberi sekeping slip nipis tapi boleh buat kita sangka masa depan kita sudah calar. Jangan sangka begitu lagi. Awak mesti simpan air mata untuk perkara lebih penting.
Sebab Rezeki Allah luas.
Saya pegang dengan itu. Malah saya genggam tak nak bagi lepas.
Awak pun buatlah bende yang sama, ya? Percayalah. Rezeki Allah itu luas. Seluas langit yang awak dok tengok hari hari tu. Seluas lautan yang awk heran manalah hujungnya. Malah mungkin lebih luas lagi daripada semua itu. Mungkin kita banyak diuji akhir akhir ini. Tanpa sedar, saya sendiri sudah redha bahawa ujian ujian itu sebenarnye rezeki. Kerana ujian itulah mengajar saya tentang sabar dan syukur. Sekurang-kurangnya kita belajar kenal pentingnya usaha dan ikhtiar. Sekurang-kurangnya bila kita tidak terus diberi nikmat, kita tahu menadah mohon rahmat agar Allah kasihan. Kuranglah sikit rindu Allah pada kita. Ye tak? :']

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)
Saya faham.
Saya juga merasa.
Result SPM tak seberapa. 5A, 6A, 7A, 8A.
Masa tu bukan main semua orang cakap, apply je semua. apply je semua. biasiswa ini itu. siap tolong bagi link bagai. siap bagi nasihat nasihat pasal pilihan bidang dan universiti. pergi education fair lah, google pasal course course yang kita nak.. jangan putus asa. Ada rezeki ade lah.. dan macam macam lagi.
True. Apply je semua.
Padahal depa bukan rasa ape kita rasa.~benar sekali,diorang bukan rs ap yg kita rs.......diorang xkan prnh fhm...unless dioarng rs ap yg kt rs.....=(
Aku isi borng nk apply trek pantas.tapi dah Allah ckp memang aku xkn berjaya ke oversea, memang Allah da kate dah kat aku, "KUN"
maka jadilah kehidupan aku berada di sini....dlm Malaysia..sedangkan aku merindu nk study abroad.aku merindu nk ade pngalaman kat sn.aku kepingin skali nk tinggal dkt country yard...
Betapalah bengkaknya hati tengok kawan kawan sanak saudara dok bergembira dengan keputusan masing masing. Yang kita ni.. kita yang tak jemu jemu berdoa siang malam, solat hajat solat taubat qiamulail semua, akhirnya tak dapat ape yang kita nak. Tak faham betul kan kenapa jadi macam ni. Kenapa Allah tangguh rezeki kita lagi? Sampai bila nak tangguh.. :'| Sampai bila asyik depa je berjaya, dan kita ni dok tengok je? Sampai bila asyik depa je dapat ape yang depa nak, tapi kita ni.. tak penah penah nak dapat? :'(
Haa. mesti awak rase macam tu kan?
Awak lupe ke.. awak tu kurang usaha? awak banyak doa dan solat pun, tapi awak tak jaga hubungan dengan manusia.. awak banyak buat baik dengan org, tapi hubungan dengan Allah awk tak jaga.. lagi lagi, awak tu brape A? 8A je tahu. tak hebat langsung banding dengan dorang tuh semua. Cuba selidik balik, kenapa dorang tu semua dapat course pilihan masing masing? Sebab dorang tu semua stret A's students lah! Nak banding dengan awak, mane layak. Allah nak ajar lah nih. Allah nak ajar.
"Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita dengan apa yang luput daripada kamu dan jangan terlalu gembira dengan terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." - (Surah al Hadid, 22-23)
Ye, Allah nak ajar kita.
Ape sebabnya Allah tak bagi aku course Perubatan tu? Ape sebabnya Allah langsung tak bagi aku ape ape tawaran? Tapi dia yg result tak seberapa tu dapat? Ape sebabnya Allah tak bagi aku amik Engineering? Ape sebabnya Allah tempatkan aku kat Universiti Islam ni. Ape sebabnya Allah kasi aku Diploma? Kenapa tak asasi macam yang aku nak.. Ape sebabnya Allah bagi aku course yang aku tak nak? Ape sebabnya aku dapat course takde kaitan dengan minat ni? Dah lah MARA JPA semua tak dapat. Cisss. Kenape?! Tak paham lah.
Huh. Sebab dia simple, sebab Allah nak ajar.
Allah nak suruh kau mula dari bawah balik. Even kau dulu pernah kene label budak pandai, kau dulu pernah jadi top scorer dalam batch...kau prnh dpt pointer tinggi2......tp sebenarnya kalo fikir balik, result aku da makin jatuh after pmr....Aku x lagi aku yg dulu..makin jatuh,jatuh n terus jatuh sampai aku terus hilang semangat.Puncanya pa? sebab aku main2.aku x dpt nmpk lg dgn jelas hidup aku ni menghala ke mana 8celi.Aku nk ap dlm hidup ni? Aku nk jd ap sebenaqnya? Medik tu parents aku yg nak...Aku nak ke?? Minat aku lebih ke arah seni.Aku jiwa seni, jiwa halus.Aku suka music.Aku suka lihat alam,pantai. Aku suka nature.
Mungkin n sebenarnya........
Allah nak suruh kau kerja keras balik. Kalau dulu kau terus terusan diberi kejayaan, kalau dulu kau selalu jeh dapat ape yang kau cita citakan, kalau dulu kau selalu dapat ape yang kau nak, sekarang Allah nak ajar. Allah nak ajar kau supaya work harder. Study harder. Learn everything. Allah nak train kau so that kau jadi seorang yang bersungguh-sungguh. Allah nak train kau jadi budak tak putus asa. Allah nak train kau supaya tak lokek dengan ilmu untuk dikongsi dan dihayati.
Allah nak train kau, Ana...sabarlah
:')

Kerana hati kita rapuh, sebenarnye. Malah kalau tanpa iman, ia terlalu rapuh.
Allah nak ajar.
Maka sabarlah ya duhai hati?
Kita mula balik dari bawah.
Kita mula balik dengan usaha gigih.
Kita mula balik dengan lebih banyak usaha dan sungguh-sungguh.
Walaupun Allah maha Tahu, maha Lihat, kita belajar dan usaha gigih macam nak tarik perhatian pakwe hensem okay? Supaya malaikat semua catatkan usaha usaha kita untuk dilaporkan kepada Allah. Biar nanti Allah bagi ganjaran nikmat kita dunia akhirat. Biar kali ini kita asah diri jadi sabar dan selalu bersyukur. Kali ini je. Insha-Allah, next time Allah mesti turunkan rezeki yang tertangguh tu. Allah mesti makbulkan doa kita yang Dia tangguhkan tu..
Sebab tu lah adanya pepatah "Everything happens for a reason."
Kemungkinan Allah tangguh rezeki kita sebenarnye nak beritahu bahawa Allah tengah bagi bende lain yang kita kene belajar daripadanya. Allah tangguh rezeki kita tak lama. Allah kan sangat baik. Nanti dia bagilah bila tiba masanya.
Okay?
:')
"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)
~Status aku skrg....m still a student di IIUM,Alhamdulillah........2nd yr 2nd sem...ana, sabar bnyk2 ea.Allah tau tu.kan da ckp td Allah nk ajar.Allah nk tunjuk, bukan semua benda yg kita nak kita akan dpt trang tang tang. Allah kasi pending dulu nk tgk kesabaran kita tahap mana....
~Aku sebenarnya suka giler seni.Aku suka sangat melukis.rasa mcm satu kepuasan yg amat kalau tgk drawing yg kite buat sndiri tue.skarang aku ada hobi baru.Alhamdulillah, Allah x putus2 bg aku ilham dlm bidang seni ni.Aku boley buat craft dr kain felt, aku boley mengait *walau x se-pro org laen, aku boley menjahit bj, aku boley design baju sndiri, aku boley buat craft dr pelbagai sumber alam yg aku rs mcm ade nilai seni, walaupun org kat sekeliling aku tgk semacam je.aku suke flower. aku ade impian nk jadik florist.aku pun pernah ade impian nk bukak bakery sndiri.dgn flavour n brand tersendiri...Tp mslhnya skrg Ya Allah, aku masih blum tau lg hala tuju aku kemana sebenarnya. Aku ambil biomedic skrg.tp still aku msh x brp clear lg, biomedic tue naty akn menghala ke mana...bnyk kali aku argue dgn org sekeliling,"insyaAllah naty kerja dlm lab,main dgn bakteria ape semua" tp sebenrnya hati aku x tenteram.....btolke susah dpt keje kalau ambil bidang nie? betol ke susah?=(

No comments:
Post a Comment