Tiada Tuhan selain Allah yg Maha Agung lagi Maha PenyantuN. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik Arasy yg Agung. Tiada Tuhan selain Allah,Tuhan Yg Pencipta dan Penguasa Langit dan Bumi dan Tuhan Pemilik Arasy Yg Mulia.Wahai Dzat Yg Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri, Tiada Tuhan selain Engkau,dengan rahmatMu aku memohon pertolongan
Ya Allah, hanya rahmatMu yg kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlpas dari kasih-sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.
Aku memohon ampunan kpd Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdsiri sendiri dan aku bertaubat kpdNya.Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang2 yg telah berbuat zalim.
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu dan anak dr hamba lelaki dan hamba perempuanMu.Hidupku ada di tanganMu. Telah berlalu qadha'Mu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dgn semua nama yg Engkau miliki, yg dgnnya Engkau namakan diriMu sendiri, yh Engkau cantumkan dalam kitabMu, yg telah Engkau ajarkan kpd seseorang diantara makhlukMu iaitu NabiMu, atau dgn semua namaMu yg masih tersimpan dalam penget pengetahuan ghaib yg ada di sisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran sesuatu yg rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kpdMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang jahat.
Cukuplah Allah bgKu dan kita semua dan Dia adalah sebagai sebaik-baik pelindung.
No comments:
Post a Comment