Wednesday, September 22, 2010

Bicara hati

warkah rindu buatMu Illahi,
meskipun didatangi plbagai warna perilaku insani
tiada yg dpt mnggantikanMu walau sedetik cuma,
di dunia ini, hnya Engkau temanku,
di dunia ini, hnya Engkau Penolongku,
di dunia ini hnya Engkau yg aku punya,

wrkh rindu buatmu Illahi,
laju jemariku berlari d'ats keyboard,
ingin kukongsikn suka duka dgnMu,
ingin kuceritakan rentak hatiku dikala ini 
ingin kubercerita pdMu



wrkh rindu buatmu Illahi
meski aku sedar Kau Maha Mengetahui sgalanya
tp aku tetap ingin bercerita pdMu,
meski Aku tahu Kau Maha Mendengar
mngapa tidak aku berbisik kpdMu
dalam bingkisan doa dimalam hari?

itu krna aku takut,
aku manusia yg lemah,
mudah terleka,mudah terlupa
andai sang bayu menyapaku,
aku lupa apa yg aku bisikkan pdMu semalam
dgn juntaian airmata
juga dgn kekhusyukan yg mndalam

jd aku bingkaikn dalam warkah asrar
yg pdku bermksud warkah rahsia
hnya untukMu,
kubingkaikan kata2 doa yg aku telah dan ingin pnjatkan kpdMu

agar aku tidak lupa
bahawa dulu kupernah meminta
dan sekarang kumeminta lagi
agar ku sedar, aku ini insan yg kerdil, sering meminta
juga  sering melakukan dosa....
namun aku tahu rahmatMu Maha Luas meliputi segalanya
jd terimalah bingkisan cerita hatiku

khas untukMu,ILLAHI

warkah_asrar

No comments:

Post a Comment